14 January 2014

Aqeelah Turns 2 Years Old

12 Januari 2014, my hunny bunny Aqeelah turns 2 years old. Me and Encik B decided to celebrate her birthday at JB, since I was here for pursuing my PhD... 

We went to JUSCO Kulai, let her play at Kidzonia. Fee entrance RM15 per entry for kids only and free for parent. Yeah... since ariana still baby, both of us can enter for free... ha ha ha....


See... she like to play with the ball... benda ni la yang dia cari dulu masa memula sampai sini...


Neno... neno.... Aqeelah drive a police car... nak kejar orang jahat katanyer.... (ayong aaat).....



Aqeelah crazy with the gelongsor okeh... rasa macam nak beli je benda ni letak kat umah.... 


Lepas puas main, we had lunch at VIVO... Encik B treats... see her and abi faces... same right?... both are cute and my love... miss them so much....

Malam pulak we had a small party celebration with relatives... Birthday cake by Baskin Robin... amik kaw... RM100 yer... nak kelas sangat katanyer... he he he... but seriously sangat sedap... macam makan eskrem yg sedap... 

Kek Aqeelah, umi yang belanja... sate and KFC pulak abi yang belanja... alhamdulillah... kenyang... kebetulan mama rebus ubi cicah plak ngan sambal tumis... yummy....




Esoknyer, we brought Aqeelah to visit Sea Aquarium at Singapore. Sebab x berbaloi nak masuk USS ngan budak kecik kan. Me, Encik B, Aqeelah, Mira and abah... Ariana tinggal ngan baby sitter cause cian kat mama nak jaga... 

Tak banyak pic pon kat Sea Aquarium sebab budak kenit tu batuk... so dia main ikut mood dia. Susah la nak solat kat sana. Surau hanya ader dalam USS. Makanan kat Malaysian Food Court pon hanya dua gerai je yang halal. Very limited choice. Hari tuh x sebok, so agak senang nak lepak-lepak kat luar tuh. 









Kami terpaksa merayap cari masjid. Last2, kami solat kat Islamic center. Ader masjid tapi susahnyer nak dapat parking. Haish.... ni yang leceh bila pi sana...

After solat, we went to Garden by the Bay... kat sana lagik la susah nak carik tempat solat. Aku and mira kan x leh jamak... so kitorang solat kat tempat baby room. Kan ader space for breast feeding, kat situ la kitorang solat... hohoho... terrible kan... Menarik tempatnyer, tapi sebab sampai dah petang, kami jenjalan kat luar je... next time datang baru nak masuk dalam2 and explore lagik banyak.



Dah nak Maghrib, kami gerak ke Masjid Sultan. since dah abis working hour, senang la nak dapat parking... Lepas solat, kami makan kat Restoran Zam Zam... abah cakap restoran tu memang dari dulu lagik popular. Sedap jugak makan kat situ, murtabak Singapore nyer sedap. Kami tapaw untuk mama... he he he

Itu lah kisah birthday celebration for Aqeelah... Simple but yet we happy giler that day... Hadiah for my baby... ialah bantal peluk custom made for her... I ordered from my fren... Dia excited first day jer... pastu terus nak bantal busuk dia yang ader tangan tu balik... huhu... 


P/S: 

Aqeelah, umi sayang kamu sangat2 tau. Umi doakan Aqeelah jadi anak yang solehah dan sentiasa dilindungi dari keburukan, kemudaratan dan kecelakaan... Umi mintak maaf tak dapat bersama Aqeelah hari2 sebab umi 'school' kat JB ni... umi janji, umi akan belajar sungguh2 dan balik KL and live together with u, abi and baby ariana... Promise me that u will be a good girl sayang... 

Love u a lots

umi

01 January 2014

Sweet and Sour of My 2013

Dah berlalu pon tahun 2013. Banyak benda yang berlaku dan memberi aku pengajaran sebagai manusia biasa di dunia yang sementara ni. Well, here are the biggest thing happened in my life through out last year and what I learnt from that:

Pertama:

Awal tahun 2013 aku dapat 2 berita gembira serentak.  First I’ve got an overseas scholarship for my PhD as I wished. Second, I’ve been positively tested for 2nd pregnancy!!!!!! What??? It’s shocked me oke… why??? Because a year ago after 6th month of laboured Aqeelah, aku pi check up at HUKM and the doctor said I won’t be able to pregnant again unless I do some operation because my uterus is retroverted… lepas Doc ckp macm tu, I said to him “It’s ok Doc.. Allah nak bagi satu kat saya pon saya dah bersyukur sangat sebab U know what happened to me right? With all the endometriosis and ovarian cyst problem, I am very thankful to get Aqeelah after 2 years marriage. So, I won’t ask Him for more. Getting aqeelah is a miracle for me and seriously He gave a lot to me. Saya dah cukup bersyukur dan tak nak tamak mintak2 lagi kerana masih ramai lagi yang kurang bertuah daripada saya”.

Then I decided not to take any family planning. Sebab aku tanak ganggu hormone badan aku. Tapi kuasa Allah swt. Tuhan bagi juga peluang aku merasa mengandung untuk kali keduanya. Dan mungkin betol la mitos kawan aku kasik. Dia cakap, kadang2 kita kena pergi bercuti. Baru la melekat (oke… 18sx cket)… Sebab bila aku kira balik tarikh persenyawaan nak dapatkan Aqeelah, tu masa kitorang pi bercuti seminggu ke Kota Kinabalu April 2011… 9 bulan lepas tu Aqeelah lahir Jan 2012… lepas tu aku bercuti kat A’Famosa Resort Dec 2012, 9 bulan lepas tu Ariana lahir Sept 2013… Ironi kan???

Kedua:

Kes aku nak sambung belajar la. Ikutkan tarikh kena pi Sept 2013, tapi my EDD for Ariana pon Sept 2013. Ditambah plak Abah mama pi Haji Oct 2013. Oke… aku vengong sekejap. This is gonna make me crazy oke. Mama bagi kata putus macam ni, tinggal dua2 anak kalo nak belajar overseas or u tukar local university je. Senang cter. Gosh, terasa berdebuk batu besar jatuh atas kepala. Masa ni aku seperti ‘diluah mati mak ditelan mati bapak’…. Belajar overseas adalah impian aku dari dulu sebab Degree n Master aku dah local U, aku mmg nak merasa belajar luar negara. Aku plan ngan Encik B yang aku akan bawak Aqeelah ke NZ (tempat aku approach nak sambung) dan dia akan datang lawat aku at least twice a year. Sebab tu masa dapat tau aku mengandung, kitorg shocked sekejap sebab plan asal semua nampak macam kabur. Dan kitorang ambil masa hampir sebulan jugak la nak bitau family. Siap aku leh drive balik Kelantan tanpa bitau abah mama yg aku pregnant time tuh. Encik B yang lambat balik Kelantan sebab keje dah risaukan aku.

Setelah menceritakan masalah aku ngan kawan2 opiz… ader gak yang push aku pi overseas jugak, tapi mostly kata jangan sebab keadaan aku yang pergi tanpa family akan buat aku lebih pressure dan takkan fokus. Setelah beberapa sesi menangis dan luahan perasaan, call sana call sini, jumpa Dekan, jumpa orang biasiswa, tulis surat bagai. Akhirnya, keputusan yang aku buat adalah tukar je ke Local U dengan semangat dan impian yang aku akan buktikan yang wat kat Local U pon aku boleh jadi yang terbaik.

Ketiga:

Nak sambung kat maner? Niat di hati mmg nak wat kat KL jer. Pilihan adalah UPM, UKM, UM or UiTM. Kat UPM hanya Prof Taufik Yap jer yang sama bidang ngan aku. Tapi dia dah buat ala2 thermodynamics gitu which I’m not expert with that. Lagikpon Sufri dah amik dia, mana boleh aku wat ngan dia lagik. Kat UKM dah pi sebelum ni, Prof Ambar Yarmo la yang paling dekat ngan bidang. Tapi dia dah takder research grant. Dia pon cakap tak berani nak amik students. Prof Bohari dah jadik contract staff dan dia agak busy. Susah tu nanti nak supervise aku. UiTM pulak hanya Prof Hada, haish… nanti second examiner aku mesti Prof Mus UTM. Tak berrkembang ilmu aku nanti sebab dengan orang yang sama jer… lagikpon catalysis bukan bidang Prof Hada. UM plak, banyak yang aku contact, sorang pon tak reply. Lagikpon dengar cter, UM punyer requirements nak grad sangat susah. Ye la U tertua kan. Nak maintain KPI mmg susah. Kesimpulannyer… kat area KL mmg takder tempat utk aku.

Akhirnya, aku jumpa Prof Marsin UTM setelah dipaksa oleh Kak Ila. Well, setelah beberapa lama studi dan pikir, ada baiknya aku wat ngan Prof Marsin. Satu, dia mmg fatherly punya orang. Dia terima aku seadanya. Sebab aku mmg x expert in analytical ni. Dia suggest nak aku apply synthesis part which my expertise into analytical part. Second, inilah peluang aku nak kembangkan bidang kepakaran sebab dah lama sangat aku rasa synthesis inorganic ni macam dipandang remeh je bila aku present paper conference. Lagikpon aku nak menyahut cabaran Prof Kamal Harun UiTM yang pernah cakap aper scope inorganic yang asyik synthesis jer. It doesn't contribute to research pon. Thirdly, aku dah ader rumah abah kat JB, so x perlu nak sewa bagai. Dekat ngan tempat belajar, xder masalah jem. Keempat, Encik B x ikut, so x perlu pikir keperluan dia sementara waktu… ha ha ha… jahat… aper punya bini daaa.... 

Keempat:

Masalah anak sapa nak jaga time pantang dan kat JB. Aku dan Encik B dah usaha dari bulan Mac nak dapatkan maid. Pakai ejen Kak Ila, tapi macam sukar sangat perjalanan nak dapatkan maid tuh. Akhirnya bulan 8, ejen cakap tak dapat maid. Aku marah suh pulangkan duit RM2k aku. Sampai hari ni masih berbaki RM200 belum dibayar. Encik B dapatkan maid dari Lombok melalui ejen kawan dia. Tapi…. Haish… kecewa nyer aku. Aku dan family layan dia bukan main baik… dia buat pailang dalam keluarga aku… MENCURI DUIT dan BERMULUT JAHAT…. Dia curi duit senyap2 walaupon aku dan along ader kat umah 24 jam, dan dia melaga2kan aku dan adik beradik serta aku dan mertua aku. Dia sangat pandai berbohong. Aku masih ingat lagik bila semua perbuatan jahat dia terbongkar, hari Jumaat, dia masih lagi bersumpah dengan nama Allah yang dia tak buat. Yer… aku serahkan segala perbuatan kamu agar mendapat pembalasan yang terburuk dari Allah kerana kamu sanggup bersumpah dengan namaNya sedangkan kamu pendusta. Sehingga saat ini, aku mengharapkan yang kamu dan keluarga kamu serta sekutu kamu mendapat kesengsaraan sampailah kamu bertaubat dengan kelakuan kamu. Geram sangat dah ni....

Akhirnya aku decide bawak Ariana ke Jb dan Aqeelah dengan Encik B. Alhamdulillah, babysitter Ariana yang aku panggil kak siti sangat lembut dan pengemas orangnya. Bayaran pon hanya RM250 sebulan. Dah sebulan pon dia jaga Ariana, harap keadaan ni akan berterusan sampai aku tamat pengajian di JB. Walaupon aku agak risau sebab kak siti ada 2 anak lelaki yang dah besar, namun keduanya nampak sangat penyayang. Tapi aku berserah kepada Allah untuk menjaga dan melindungi kedua2 anak ku Aqeelah dan Ariana. Walaupon aku kadang2 tensen dengan Ariana yang meragam (biasalah budak2) sebab aku sorang je melayan dia kat sini, tapi aku akan cuba kuatkan diri untuk belajar bersungguh2 dan balik KL cepat untuk hidup seperti sebuah keluarga yang normal….

That’s the story of sweet and sour of my 2013. Hope 2014 will be more sweet than sour… I wish… amin…
 

Live Our Life | Copyright © 2013 | Designed by Cik Bulat