24 August 2016

Wan Happy Family Vacation - Melbourne, Aussie

Bismillah...

Ini adalah entry yang OVER BACK DATED sebab kejadian berlaku bulan Mei 2015, tapi baru harini berkesempatan nak tulis. 

Omai... I am so sorry for being so busy with my real life as SUPERWOMAN (PhD student with sponsorship which mean I was paid an allowance using people/my tax money therefore cannot 'play-play' + a Co-SV for my MSC student + weekdays single mother for 2 little princess +  of course kerja hakiki kat rumah)

Okeh, back to main topic.

Melbourne trip ni sebenarnya untuk merealisasikan impian abah kesayangan kami yang nak sangat bawak family dia ke obersi tempat omputih. Oke. I terasa, mentang2la anak2 dia xder yg belajar sampai obersi. ahahaha... oke enough merepek.

1st day 

Flight KL to Melbourne (8jam) semua stress sebab flight full, xder space langsung nak cilok utk baring luruskan kaki, anak2 yang crancky sebab x selesa tido, mujur x melalak, I kena dukung ariana dodoikan dia while Encik B bobok kakak tdo baring amik seat I. Okeh, aqeelah and ariana, this is how ummi show my love to both of u oke, bila ummi tua please love me back as what I always did to u. huhu

Sampai terus tunggu transport amik, then gi makan and jenjalan town area guna free trem. At night, abah, along, mira, nana, yus and adik jenjalan area bandar. Kami tak ikut sebab nak teman mama penat. Tapi jenjalan sekitar apartment, xder night life pon. hampeh





2nd - 5th day

Sebab dah lama bebenor tarikh pi sampai I x ingat, I cramped kan semua tempat melawat je la. ahahahaha. buruk perangai azie oit...

1) Bathing Box Brighton Beach 

Tempat wajibul ghunnah la weh kalo datang melbourne. 1st time I tengok box houses ni dalam cter hindustan kot, lama dulu, akhirnya sampai jua... alhamdulillah. Tempat ni tepi pantai, cantik menarik dan memang debom. Rumah area sini semua besar2, agaknyer kawasan orangg kaya. Dengar cter owner box houses ni dok area ni la. Untungla.... 



2) Great Ocean Road + Port Campbell national Park +Twelve Apostles

1day long journey, jauh dari bandar so agak penat jugak la. Mujur van kami ader wifi. ahaha, bebudak layan lagu, I tengok view. 

I would say GOR ni memang cantek sangat2 la. Kalo xder kids, I would appreciate more the scenery view. But kids attraction are seriously not the scenery place, they love to play and play and play. Therefore, I let them to play at the beach sampai kasut kami basah.Ok bai.. dah la bawak 1 je kasut, Encik B dah buat muka...huhu





3) Philip Island Tour 

Masa ni pon makan 1 hari juga. Time ni ada melawat Koala and Kanggaroo Park. pastu petang gi tengok pengguin plak. Berjinggut jugak la tunggu pengguin naik darat. Bila pikir balik, apa la faedah nyer pon I tatau, sebab selalu kot tengok kat tv. ahaha

Sebab I tourist, I kena la layan kan ajer. But at least kids enjoy tengok kanggaroo and penguin depan mata. Siap cakap 'Ummi, nanti akak nk bagi makan kanggaro lagi'. Ok bai, ummi kopak... ahaha. Menangis dalam hati je la yang mampu.





4) Puffing Billy Steam Train

Ni zaman tok kadok punya train, pekerja dia semua dah tua2 kot dah pangkat grandpa and nanny je. Along cakap, they do volunteer work here, takder payment pon. Tapi etika kerja diorang dengan pakaian seragam pon smart, macam kerja berbayar gaji je. RSEPECT. 

Alkisahnyer, naik train ni kena duduk kat palang dia dan gayut kaki ke luar. Ini benda wajib jugak kena buat, tradisi nyer macam tu. Eh, of course la I x buat kot, sejak ader anak ni naluri ibu yang sangat particular pasal safety mencanak2 tingginyer. Tambah seriau lagi sebab train ni laju sangat weh walaupon nampak macam lama je body dia. Seram betol. huhu 






5) Queen Victoria Market

Tempat shopping souvenir la ape lagi.. ahahaha. But as usual, everything was made in china as expected. Yang paling best, I sempat borong cheese 2 ketul and seludup balik mesia. Mujur lepas, fuhhh... ahaha


6) Tempat2 lain

Selain dari specific places mention above, ader tempat lain yang kami lawat macam graviti building area town, shopping mall tempat kami beli sebarang dua corell, branded purse, jeans and perfume. Of course I x over spending maklumla I bukan la kaki shopping, I still have balance separuh dari duit yg I tukar. ahahaha, nampak tak betapa berhemahnyer I berbelanja (senyum comel)


Last day

gerak dari apartment ke airport Jam 6.30am. Tu pon along dah ngamok sebab lambat. See, kena marah lagi. huhu. Dok airport check in luggage, makan bfast yg kitorang buat kat apartment, minum coffe and toilet. Flight lengang so dapatla merehatkan kaki sket. Sampai KL, semua fengsan. huhuhu



Nota kaki kepada traveler yang bawak kids below 5yo:

1) Sila prepared mental and fizikal  

Sebab kalo nak travel ke Philip Island and GOR, korang kena gerak seawal jam 6.30am sebab 2 hari ni kami pakai tour guide sebab perjalanan jauh. Maknanya, anak2 korang kena tido awal mlm sebelum tu, bangun awal, mandi awal. As parents, u know how hard to make them sleep at night and wake up early in the morning. 

Honestly, I adalah orang yg sangat stress sebab hal2 macam ni. Mujur I satu apartment dengan mama, dia la yang selalu tegur cakap be nice to your kids, they still kids and doesn't know anything. 

2) Pilih apartment yang lengkap dengan kitchen tools and washing machine/dryer

So that korang takyah bawak baju kids banyak. boleh basuh terus and repeat je. Ape nak malu pon, pakai sweater kot, bukan org nak tgk korang pakai baju ape. Beg I penuh ngan pampers, so bila towards last day, banyak la ruang2 kosong I sumbat souvenir. ehehehe

3) Takyah bawak makanan dari mesia sangat. Tak sempat nak makan pon, lagipon banyak je kedai makan halal yang berbaloi2 untuk dibeli. Depan apartment kitorang ader kedai BALI BAGUS. almost everyday kami dinner kat situ. Sedap and portion besar. Mahal? kalo convert duit mesia memang la mahal sebab korang darap 3 tapi harga set dia baru 10AUD.  I makan 1 set kongsi with 2kids..kenyang. Alhamdulillah.. Dont worry, banyak lagi benda yang boleh dijimatkan (^_^)

Okeh, rasanye dah abis kot I korek2 minda I untuk pikir ape yang berlaku setahun yang lepas. ahahaha... Done for this entry, alhamdulilah akhirnyer berjaya jua melawan nafsu pemalas update blog dalam diri sendiri... ahahahaha... Insya Allah, next big trip akan jadi lebih efisen. EUROPE tunggu I terbang... oke bai. Tabung Europe dah kena tick tock nih.

Lots of Love
::: azie:::

















 

Live Our Life | Copyright © 2013 | Designed by Cik Bulat