14 January 2014

Aqeelah Turns 2 Years Old

12 Januari 2014, my hunny bunny Aqeelah turns 2 years old. Me and Encik B decided to celebrate her birthday at JB, since I was here for pursuing my PhD... 

We went to JUSCO Kulai, let her play at Kidzonia. Fee entrance RM15 per entry for kids only and free for parent. Yeah... since ariana still baby, both of us can enter for free... ha ha ha....


See... she like to play with the ball... benda ni la yang dia cari dulu masa memula sampai sini...


Neno... neno.... Aqeelah drive a police car... nak kejar orang jahat katanyer.... (ayong aaat).....



Aqeelah crazy with the gelongsor okeh... rasa macam nak beli je benda ni letak kat umah.... 


Lepas puas main, we had lunch at VIVO... Encik B treats... see her and abi faces... same right?... both are cute and my love... miss them so much....

Malam pulak we had a small party celebration with relatives... Birthday cake by Baskin Robin... amik kaw... RM100 yer... nak kelas sangat katanyer... he he he... but seriously sangat sedap... macam makan eskrem yg sedap... 

Kek Aqeelah, umi yang belanja... sate and KFC pulak abi yang belanja... alhamdulillah... kenyang... kebetulan mama rebus ubi cicah plak ngan sambal tumis... yummy....




Esoknyer, we brought Aqeelah to visit Sea Aquarium at Singapore. Sebab x berbaloi nak masuk USS ngan budak kecik kan. Me, Encik B, Aqeelah, Mira and abah... Ariana tinggal ngan baby sitter cause cian kat mama nak jaga... 

Tak banyak pic pon kat Sea Aquarium sebab budak kenit tu batuk... so dia main ikut mood dia. Susah la nak solat kat sana. Surau hanya ader dalam USS. Makanan kat Malaysian Food Court pon hanya dua gerai je yang halal. Very limited choice. Hari tuh x sebok, so agak senang nak lepak-lepak kat luar tuh. 









Kami terpaksa merayap cari masjid. Last2, kami solat kat Islamic center. Ader masjid tapi susahnyer nak dapat parking. Haish.... ni yang leceh bila pi sana...

After solat, we went to Garden by the Bay... kat sana lagik la susah nak carik tempat solat. Aku and mira kan x leh jamak... so kitorang solat kat tempat baby room. Kan ader space for breast feeding, kat situ la kitorang solat... hohoho... terrible kan... Menarik tempatnyer, tapi sebab sampai dah petang, kami jenjalan kat luar je... next time datang baru nak masuk dalam2 and explore lagik banyak.



Dah nak Maghrib, kami gerak ke Masjid Sultan. since dah abis working hour, senang la nak dapat parking... Lepas solat, kami makan kat Restoran Zam Zam... abah cakap restoran tu memang dari dulu lagik popular. Sedap jugak makan kat situ, murtabak Singapore nyer sedap. Kami tapaw untuk mama... he he he

Itu lah kisah birthday celebration for Aqeelah... Simple but yet we happy giler that day... Hadiah for my baby... ialah bantal peluk custom made for her... I ordered from my fren... Dia excited first day jer... pastu terus nak bantal busuk dia yang ader tangan tu balik... huhu... 


P/S: 

Aqeelah, umi sayang kamu sangat2 tau. Umi doakan Aqeelah jadi anak yang solehah dan sentiasa dilindungi dari keburukan, kemudaratan dan kecelakaan... Umi mintak maaf tak dapat bersama Aqeelah hari2 sebab umi 'school' kat JB ni... umi janji, umi akan belajar sungguh2 dan balik KL and live together with u, abi and baby ariana... Promise me that u will be a good girl sayang... 

Love u a lots

umi

01 January 2014

Sweet and Sour of My 2013

Dah berlalu pon tahun 2013. Banyak benda yang berlaku dan memberi aku pengajaran sebagai manusia biasa di dunia yang sementara ni. Well, here are the biggest thing happened in my life through out last year and what I learnt from that:

Pertama:

Awal tahun 2013 aku dapat 2 berita gembira serentak.  First I’ve got an overseas scholarship for my PhD as I wished. Second, I’ve been positively tested for 2nd pregnancy!!!!!! What??? It’s shocked me oke… why??? Because a year ago after 6th month of laboured Aqeelah, aku pi check up at HUKM and the doctor said I won’t be able to pregnant again unless I do some operation because my uterus is retroverted… lepas Doc ckp macm tu, I said to him “It’s ok Doc.. Allah nak bagi satu kat saya pon saya dah bersyukur sangat sebab U know what happened to me right? With all the endometriosis and ovarian cyst problem, I am very thankful to get Aqeelah after 2 years marriage. So, I won’t ask Him for more. Getting aqeelah is a miracle for me and seriously He gave a lot to me. Saya dah cukup bersyukur dan tak nak tamak mintak2 lagi kerana masih ramai lagi yang kurang bertuah daripada saya”.

Then I decided not to take any family planning. Sebab aku tanak ganggu hormone badan aku. Tapi kuasa Allah swt. Tuhan bagi juga peluang aku merasa mengandung untuk kali keduanya. Dan mungkin betol la mitos kawan aku kasik. Dia cakap, kadang2 kita kena pergi bercuti. Baru la melekat (oke… 18sx cket)… Sebab bila aku kira balik tarikh persenyawaan nak dapatkan Aqeelah, tu masa kitorang pi bercuti seminggu ke Kota Kinabalu April 2011… 9 bulan lepas tu Aqeelah lahir Jan 2012… lepas tu aku bercuti kat A’Famosa Resort Dec 2012, 9 bulan lepas tu Ariana lahir Sept 2013… Ironi kan???

Kedua:

Kes aku nak sambung belajar la. Ikutkan tarikh kena pi Sept 2013, tapi my EDD for Ariana pon Sept 2013. Ditambah plak Abah mama pi Haji Oct 2013. Oke… aku vengong sekejap. This is gonna make me crazy oke. Mama bagi kata putus macam ni, tinggal dua2 anak kalo nak belajar overseas or u tukar local university je. Senang cter. Gosh, terasa berdebuk batu besar jatuh atas kepala. Masa ni aku seperti ‘diluah mati mak ditelan mati bapak’…. Belajar overseas adalah impian aku dari dulu sebab Degree n Master aku dah local U, aku mmg nak merasa belajar luar negara. Aku plan ngan Encik B yang aku akan bawak Aqeelah ke NZ (tempat aku approach nak sambung) dan dia akan datang lawat aku at least twice a year. Sebab tu masa dapat tau aku mengandung, kitorg shocked sekejap sebab plan asal semua nampak macam kabur. Dan kitorang ambil masa hampir sebulan jugak la nak bitau family. Siap aku leh drive balik Kelantan tanpa bitau abah mama yg aku pregnant time tuh. Encik B yang lambat balik Kelantan sebab keje dah risaukan aku.

Setelah menceritakan masalah aku ngan kawan2 opiz… ader gak yang push aku pi overseas jugak, tapi mostly kata jangan sebab keadaan aku yang pergi tanpa family akan buat aku lebih pressure dan takkan fokus. Setelah beberapa sesi menangis dan luahan perasaan, call sana call sini, jumpa Dekan, jumpa orang biasiswa, tulis surat bagai. Akhirnya, keputusan yang aku buat adalah tukar je ke Local U dengan semangat dan impian yang aku akan buktikan yang wat kat Local U pon aku boleh jadi yang terbaik.

Ketiga:

Nak sambung kat maner? Niat di hati mmg nak wat kat KL jer. Pilihan adalah UPM, UKM, UM or UiTM. Kat UPM hanya Prof Taufik Yap jer yang sama bidang ngan aku. Tapi dia dah buat ala2 thermodynamics gitu which I’m not expert with that. Lagikpon Sufri dah amik dia, mana boleh aku wat ngan dia lagik. Kat UKM dah pi sebelum ni, Prof Ambar Yarmo la yang paling dekat ngan bidang. Tapi dia dah takder research grant. Dia pon cakap tak berani nak amik students. Prof Bohari dah jadik contract staff dan dia agak busy. Susah tu nanti nak supervise aku. UiTM pulak hanya Prof Hada, haish… nanti second examiner aku mesti Prof Mus UTM. Tak berrkembang ilmu aku nanti sebab dengan orang yang sama jer… lagikpon catalysis bukan bidang Prof Hada. UM plak, banyak yang aku contact, sorang pon tak reply. Lagikpon dengar cter, UM punyer requirements nak grad sangat susah. Ye la U tertua kan. Nak maintain KPI mmg susah. Kesimpulannyer… kat area KL mmg takder tempat utk aku.

Akhirnya, aku jumpa Prof Marsin UTM setelah dipaksa oleh Kak Ila. Well, setelah beberapa lama studi dan pikir, ada baiknya aku wat ngan Prof Marsin. Satu, dia mmg fatherly punya orang. Dia terima aku seadanya. Sebab aku mmg x expert in analytical ni. Dia suggest nak aku apply synthesis part which my expertise into analytical part. Second, inilah peluang aku nak kembangkan bidang kepakaran sebab dah lama sangat aku rasa synthesis inorganic ni macam dipandang remeh je bila aku present paper conference. Lagikpon aku nak menyahut cabaran Prof Kamal Harun UiTM yang pernah cakap aper scope inorganic yang asyik synthesis jer. It doesn't contribute to research pon. Thirdly, aku dah ader rumah abah kat JB, so x perlu nak sewa bagai. Dekat ngan tempat belajar, xder masalah jem. Keempat, Encik B x ikut, so x perlu pikir keperluan dia sementara waktu… ha ha ha… jahat… aper punya bini daaa.... 

Keempat:

Masalah anak sapa nak jaga time pantang dan kat JB. Aku dan Encik B dah usaha dari bulan Mac nak dapatkan maid. Pakai ejen Kak Ila, tapi macam sukar sangat perjalanan nak dapatkan maid tuh. Akhirnya bulan 8, ejen cakap tak dapat maid. Aku marah suh pulangkan duit RM2k aku. Sampai hari ni masih berbaki RM200 belum dibayar. Encik B dapatkan maid dari Lombok melalui ejen kawan dia. Tapi…. Haish… kecewa nyer aku. Aku dan family layan dia bukan main baik… dia buat pailang dalam keluarga aku… MENCURI DUIT dan BERMULUT JAHAT…. Dia curi duit senyap2 walaupon aku dan along ader kat umah 24 jam, dan dia melaga2kan aku dan adik beradik serta aku dan mertua aku. Dia sangat pandai berbohong. Aku masih ingat lagik bila semua perbuatan jahat dia terbongkar, hari Jumaat, dia masih lagi bersumpah dengan nama Allah yang dia tak buat. Yer… aku serahkan segala perbuatan kamu agar mendapat pembalasan yang terburuk dari Allah kerana kamu sanggup bersumpah dengan namaNya sedangkan kamu pendusta. Sehingga saat ini, aku mengharapkan yang kamu dan keluarga kamu serta sekutu kamu mendapat kesengsaraan sampailah kamu bertaubat dengan kelakuan kamu. Geram sangat dah ni....

Akhirnya aku decide bawak Ariana ke Jb dan Aqeelah dengan Encik B. Alhamdulillah, babysitter Ariana yang aku panggil kak siti sangat lembut dan pengemas orangnya. Bayaran pon hanya RM250 sebulan. Dah sebulan pon dia jaga Ariana, harap keadaan ni akan berterusan sampai aku tamat pengajian di JB. Walaupon aku agak risau sebab kak siti ada 2 anak lelaki yang dah besar, namun keduanya nampak sangat penyayang. Tapi aku berserah kepada Allah untuk menjaga dan melindungi kedua2 anak ku Aqeelah dan Ariana. Walaupon aku kadang2 tensen dengan Ariana yang meragam (biasalah budak2) sebab aku sorang je melayan dia kat sini, tapi aku akan cuba kuatkan diri untuk belajar bersungguh2 dan balik KL cepat untuk hidup seperti sebuah keluarga yang normal….

That’s the story of sweet and sour of my 2013. Hope 2014 will be more sweet than sour… I wish… amin…

03 December 2013

Akikah Baby Ariana Zahraa'

Alhamdulillah.... 30 Nov 2013 Sabtu lepas selamat sudah majlis kesyukuran dan akikah my second princess Ariana Zahraa'... Sepatutnya aku nak wat minggu sebelumnyer yakni 23 hb, tapi abah n mama kena balik Kelantan sebab kenduri kahwin anak abg mi... so terpaksa la buat 30hb walaupon agak lambat sebab aku kena prepare barang2 nak ke JB...

Well, as usual... doorgift kami buat sendiri... asalnyer aku nak wat simple je doorgift ni... nak bagi sugar cookies je... tapi mama macam tak puas hati sebab dia cakap org tua nak makan ape... so... terpaksa la aku wat doorgift besar cket untuk menyedapkan hati mama... dalam doorgift ni letak cookies iemah buat... nestum coklat and nestum biasa (RM 1) + keropok double decker (RM 0.25) + wafel coklat (RM 0.15)... packaging pulak white paper (RM 0.12) + Dollies paper (RM 0.03) + riben (RM 0.03) + sticker (RM 0.02)... Total RM 1.60 each... 


Cradle pulak aku amik dari http://simanjaberendoi.blogspot.com... harga total RM640... bagus servis ikin ni... cuma Jumaat malam tuh... aku try call diorg husband and wife ni tak dapat2... aku ingat dah kena tipu..rupa2 nyer diorg punyer bateri dua2 kong... diorg ni buat part time je rasanyer... so.. maybe terkejar2 lepas balik keje... diorang ni dari Rawang kalo x silap aku... cantik2 design diorang... aku amik elegant style.. purple milky blue... bahagian backdrops tuh aku altered cket cause ader langsir buruk dewan depan umah nih.. huhu...



Catering pulak amik dari KL catering... ader 4 lauk ... ikan keli masak sambal, udang sambal petai, ayam goreng rempah, daging tetel masak lemak nangka, air sirap, air teh susu, buah tembikai, ulam dan sambal belacan... dapat harga RM 10 per head... Khemah amik 3 dengan harga RM750... sowie la... gambar makanan tak dapat nak tangkap.. ho.ho... harga memang murah.. cuma yang aku tak puas hati cket skirting khemah aku mintak purple milky blue... dia bagi purple blue turquoise.. dah macam ape ntah aku nengok... hu hu


Kambing plak aku wat Kambing golek... macam biasa... aku amik dua ekor kambing... takut tak cukup.. cuma satu jer akikah... satu lagik tak... sebab akikah pakai fresh meat (RM1200)... lagik satu aku amik frozen meat (RM850)... aku dapat diskaun RM100 sebab budak wat kambing tu kawan Yusri... tapi serius... sedap sangat perapan kambing dia... especially yang frozen meat... mungkin sebab dah lama perap kot... aku yg takut makan kambing before this pon boleh melahap banyak la jugak... huhu... sib baik ader penin2 cket je.. masih boleh angkat kepala... maybe sebab malam tuh aku terus wat keje mengemas... jadik kolesterol tak terkumpul kat dalam kelapa kot... ha ha ha...



Marhaban dan berendoi macam biasa la... disebabkan dewan tu panas takder aircond... meragam je la dak comel Ariana tuh... Aqeelah tak yah nak cakap la... aktifnyer Ya Rabbi... penin kepala aku nak melayan... nasib baik banyak aunties and uncles yang tolong jaga kan... huhu... Tak larat dah nak tulis panjang2... let's enjoy the pics..


















Akhirnyer... dua orang budak kenit comel ummi ni tertido kepenatan... hoho... ummi bedungkan Ariana, masukkan dalam buai henjut... terus tido... Aqeelah plak ummi bagi tangan pastu ribakan kejap terus tido... ha ha ha... penat yer sayang jadik pengantin... 



Thank you Allah for giving us these two little angels... They are the most precious gift that I ever have... Hope You will always be our side, protect us and loving us as You do... Alhamdulillah

Lots of Love
axie


22 October 2013

My baby 'twin'

Tanggal 23 September 2013 jam 3 pagi, aku tetiba rasa sakit perut sangat.. macam nak berak.. aku terus masuk bilik mama, sebab toilet bilik mama toilet duduk... maklum la.. perut dah besar, x larat den nak cangkung lelama... lepas kuar toilet, mama terjaga tanya kenapa... aku cakap la aku rasa sakit perut sangat2... asyik nak berak jer... huhu...

Mama cakap tuh macam tanda2 jer... aku tak ingat ler plak rasa contraction tuh macam mane... hoho... luper sudah.. padahal baru je setahun yang lepas rasa sakitnyer... (time beranakkan Aqeelah)... mama suh bawak Aqeelah ke bilik dia and suh aku pi hospital... but I refused to go cause lepas berak aku tak rasa sakit pon... aku cakap ngan mama, kalo pas subuh rasa sakit, baru aku pi spital... btw, aku mmg patut pi spital pon pagi tuh... should be warded and induce if aku tak rasa sakit..cause its my due date... since I have diabetic masa preggy, Doc will not allow me to pass my due date.. bahaya for both of us... 

Pagi tuh aku kemalas-malasan nak pi spital... huhu... But i have to... kerisauan untuk di induce bertambah2... Gosh, I wish it can be normal pain... not being induced... terseksa babe masa kena dulu... 18 jam sakit kot... Jam 11am me and Encik B heading to hospital... mama, abah, along and Aqeelah pi konvokesyen Yusri kat PICC... seronok la dak tenit tuh berjalan... hoho...

Kat Hospital Ampang susah nak dapat parking... so aku ajak Encik B makan McD lu kat depan spital... nervous but yet I'm hungry... hoho... after that, kitorang pusing seround dapat la parking tepi jalan dekat ngan spital... after 'check in' spital, Encik B terus gerak pi Kajang nak amik maid yang baru sampai... serentak semuanyer berlaku dalam masa yang sama... so, i've been in waiting ward with 2 others mommies... satu kes bleeding, satu kes dah ader bukaan tapi x rasa sakit... aku kes diabetic.. well the hospital okeh la.. tak mcm HUKM, satu ward 4 org... no 1st class ward tapi hanya 2nd class ward (4 person with aircond)... 

Jam 1 pm, ader sorang Doc datang check... dia cerita la pasal induce semua which I already knew the procedure... He is not malay, not really indian, maybe mix... lepas cerita semua dia tanya aku ader pape nak tanya ke.. maybe dia tau aku ni lecturer, so he expect me understood what he talking about... so i told her that if I had a water broke cause last night my pants basah but I dont feel any contraction, so he decided to check my 'laluan'... gosh... this part was so malu cause he is a male... but fortunately, the doc said laluan aku dah bukak 3cm sebenarnyer and he said no need to induce... dia dah tolong besarkan laluan and he said I might be feel the contraction within 8 hours... 

Tapi aku dah rasa sakit jam 4 pm... masa waktu melawat lagi... Encik B, mama, abah n dak kenit datang... sakit sangat... rasa macam nak patah pinggang la... mama cakap dah sampai masa tuh... mama balik awal, sebab dak kenit tuh main panjat2 atas katil aku... haish dak kenit umi yang banyak akal... so after waktu melawat, Encik B dok kat luar, aku terus jumpe nurse and cakap rasa sakit sangat... nurse check laluan dah 5cm... dia suh aku prepare to labour room... 

Minah depan katil aku Jam 4pm dah pi labour room... laluan dia dah 5cm dari tadik... aku ditolak masuk ke labour room jam 8 pm... sempat la Encik B solat maghrib before teman aku... kat dalam labour room as usual, diorg akan pasang CTG baby... I really hate this part sebab xleh gerak banyak2 cause nanti CTG baby x cantek... isk isk... giler ke ape diorg ni... aku kalo sakit mane leh dok diam... aku gerak2 la... yang wat aku bengang lagik... ader sorang nurse muda siap perli aku cakap aku minum air selusuh... bengong... aku cakap aku minum air zam zam ler... Hospital Ampang tak kasik minum or sapu air doa kat perut... aku tak pasti kenapa diorang wat rule macam tuh... but it obviously noted kat setiap katil di waiting ward... so that's why the nurse keep perli aku macam tuh... takpe2... nanti ko jugak akan rasa sakit macam aku rasa... aku dah siap tarik2 baju Encik B and siap cakap "that's it... no more baby after this... ayg dah tanak dah... sakit sangat tau tak... ni semua keje B"... hoho... siap tarik2 lagi tangan, muka rambut dia... owhhh dah rupa aper ntah dia time tuh... nasib baik Encik B tahankan aje... sebab dia tau aku sakit sangat.. sebab aku x pernah sakit sampai macam tuh... 

Bila aku cakap aku sakit sangat... diorang check laluan masih 5 cm... so diorang kuar la pi tgk minah bilik sebelah yang masuk dari petang tadik... x bersalin2 lagik... tinggal la aku berdua ngan Encik B... tak sampai pon 5 minit Doc and nurses keluar, aku cakap ngan Encik B, aku nak berak sangat2.. dah x tahan... dari keadaan aku mengiring tahan sakit, aku terus terlentang, angkat kaki, pegang bontot sebab aku rasa macam taik aku keluar... terus aku jerit... "B... ayg berak ni... panggil nurse cepat"... Encik B tengok... Ya Allah, kepala baby ler... terus jerit panggil nurse... kebetulan Indian nurse datang bilik aku nak amik barang kot sebab dia macam tergesa2... dia cakap "OMG, tahan kejap puan, baby dah keluar"... dia terus tahan kat bawah, pusingkan badan baby aku teran terus keluar baby yang sangat putih... gosh... masih x percaya.. sebab aku rasa macam bontot aku yang keluar kan taik... huhu...

That indian nurse said that "Thank God sempat tahan, kalau tak mau terpelanting baby, keluar macam air... no wonder u sakit sangat2 walaupon baru 5cm, baby dah ready nak keluar".... aku lega... mungkin berkat minum air zam zam, baby mudah keluar... Insya Allah pas ni akan di amalkan sejak awal preggy... not forget to mention that aku juga amalkan virgin coconut oil sejak awal preggy... alhamdulillah... mudah bersalin... 9.30 pm tepat aku bersalin... sakit sangat cuma 1 jam setengah saja... syukur Allah permudahkan...

But the painful part is jahit sebab aku ader buasir masa hujung2 preggy... sakitnyer bila nak jahit tuh sebab hampir dengan tempat buasir... jerit2 gak aku time jahit... yer la.. maner ader bius pon... lepas jahit, baby dah siap qamat dan mandikan, aku terus susukan baby kat katil tolak sementara nurse siapkan documents... aku dibawak ke wat bersalin dok katil sebelah tingkap... baby dah tido, Encik B tolong aku bersihkan badan and salin pakaian, sakit gak nak duduk sebab kesan jahitan... pastu Encik B carik sup daging nak bagi aku makan, tapi aku x selera... rasa nak tido je... penat...

I have to spend one night at hospital, sebab dah malam... it's really a though night for me.. baby meragam taknak tido maybe x puas susu, pastu 3 baby lain dalam bilik tuh kuat nangis, asyik terjaga la dia... so, pagi2 around 7am aku dah salin baju, minum milo panas dan tunggu Doc and nurse datang check... waktu melawat tengah hari family mertua and Encik B datang... aku dapat keluar masa tu jugak sebab semua dah oke... Alhamdulillah again, semua di permudahkan...

Syukur... ni la perjalanan sepanjang bersalinkan baby kedua aku... pengalaman yang amat berbeza dari yang first... aku bersyukur semua dipermudahkan dan aku berdoa semoga Allah berikan aku kekuatan, kesabaran dan kemudahan dalam menjaga amanah ini... amin...

Inilah gambar my second princess... baby Ariana Zahraa' lahir pada jam 9.30 pm tanggal 23 September 2013... It's the most precious birthday present for me.... cause that hard day is actually my 30th birthday and Allah gave me the very 'big' present... I dont need anymore present... (^_^)... so my 'twin'... next year abi will prepare big cake for us right?? hohoho




23 August 2013

Do I really need maid???

Makin lama makin buntu fikiran ni... my baby will out soon... at the same time I have to register back as student (PhD) next week 28th August 2013 at UTM Skudai...

Bukan per.. my parents will perform hajj next month which will very near to my due date... My MIL sakit dan tak sure she can take care of me and my kids while confinement nanti... so me and hubby have been decided to get a maid since Jun...

Tapi macam payah benar je perjalanan nak dapatkan maid... agent ni recommended by Kak Ila, since she also got a maid from the same agent... but unfortunately me not so lucky as her... dah booked since Jun, deposit dah bayar RM2K tapi maid tak lepas imegresen... Kecewa je masa I datang JB hujung Jun nak amik maid... agent tu plak tak cakap ngan I...

Dia janji nak bagi maid ganti hujung Julai... tapi I call2 x nak angkat... sms pon reply... bila tanyer Kak Ila, dia cakap agent tu warded sebab denggi... ye la.. at least sms bagitau.. xder la aku bengang sangat...

Just now I call dia sebab Kak Ila cakap dia balik Jogja sebab nak tanyer sendiri kat agent sane ape kes dengan maid aku... Call2 dia tak angkat... pastu I sms cakap "call me back"... lepas sejam dia reply bagitau dia kena tipu ngan agent sana dan janji akan pulangkan deposit aku...

Oh gosh... hari2 aku doa agar dipermudahkan perjalanan nak amik maid ni jika betol aku ditakdirkan memerlukan maid... jika aku boleh survive without maid... permudahkan la hidup aku as student di JB nanti dengan title umi yang beranak dua without my hubby setiap hari...

Aku tak pasti aderkah ini petanda yang Allah berikan supaya aku tak amik maid ataupon tidak... sebab aku slalu pikir macam ni:


# Pakai maid #

Pro
  • x perlu hantar kids pagi2... kids boleh tido cukup pagi2 tanpa gangguan... 
  • mungkin kurang dapat penyakit sebab x expose pada budak2 lain... sebab selalu kesian dengan kawan2 yang terpaksa amik cuti byk cause anak sakit berjangkit dari taska
  • senang la nak bagi baby susu badan sebab x semua taska terima susu badan (leceh katanyer)
  • rumah terkemas, baju dah ader orang basuhkan, jemurkan, lipatkan, toilet bersih tu yg penting... pendek kata tak yah pikir hal umah sepanjang belajar
  • malam2 tido ader maid temankan... tak la takut sangat... maklumla... umah JB tu ader 4 bilik kat atas.... seram jugak...
  • kalo terdesak nak beli barang ader la maid pegangkan anak2 while shopping, x perlu tunggu Encik B datang weekend baru ajak shopping barang dapur dan anak2

Contra
  • kena pasang cctv sebab senang aku nak pantau online ape yang berlaku kat umah... maklumlah, x pernah ader maid before this... cost for cctv cecah RM4k jugak
  • cost maid : deposit RM3.5K lepas 4 bulan baru bayar gaji RM650 sebulan
  • tapi aku kena sediakan makan lunch and dinner for maid dan Aqeelah... bukan per... takut Aqeelah x biasa makan masakan org lain... which mean aku kena balik tengah hari... sempat ker hari2... takut keje lab banyak la plak....
  • maner nak letak maid kalo aku nak balik KL or balik kampung Bt Pahat... takkan nak bawak pulak.. mesti dia x selesa... kalo tinggalkan kat umah takut plak dia wat hal

# Hantar taska #

Pro
  • x perlu pikir makan lunch Aqeelah... cuma pikir dinner dia jer
  • Aqeelah ader kawan2, so takder la dia jadik jakun sangat bila jumpa budak2 macam sekarang... maklumlah, nenek yang jaga.. cucu baru sorang plak tuh...
  • masa Aqeelah lebih terisi dengan sistematik... mungkin ader sesi bermain, baca book, or etc... skang masa dia ikut suka hati dia jer... manja terlebih...


Contra
  • kena angkut kids pagi2 masuk kete hantar taska... mampu ker? kelam kelibut agaknyer nanti
  • cost kids less than 3 years RM380 sorang... kalo dua dah RM760... gosh
  • risiko selalu demam dan sakit mungkin akan ader...
  • x pasti boleh terima stok susu badan ker tak... but I already asked my senior who sent her kids to that taska, diorang terima
  • aku kena angkut and handle kids by my own kalo kat umah... OMG... sempat ker aku study memalam buta nanti... 
  • maybe aku kena beli barang dapur and keperluan masa time keje sebab takkan keluar weekend punyer kalo kami bertiga je... bahaya
Seriously sangat buntu skang ni... but fortunately I bumped to this blog and read this article



Insya Allah mulai malam ni, akan ku amalkan sebelum tidur

1) Takbir (Allahu Akbar) sebanyak 30 kali
2) Tasbih (Subhanallah) sebanyak 30 kali
3) Tahmid (Alhamdulillah) sebanyak 30 kali

Semoga segalanya dipermudahkan bagiku Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mengetahui segalanya yang ada di bumi dan akhirat kelak... amin

 

Live Our Life | Copyright © 2013 | Designed by Cik Bulat